
Salam sejahtera kepada semua pembaca pembaca setia bennyliew.com. Seperti yang anda semua sedia maklum gambar Jo-Anna Sue Henly Rampas yang telah saya ambil beberapa bulan lalu telah menarik minat ramai khasnya kepada Blog blog berunsurkan gosip selebriti khasnya dimalaysia. Usaha menyebarkan berita tentang jelitawan dan juga bakat bakat yang ada dan terlahir disabah amat dialu-alukan oleh saya secara amnya.
Tetapi apa yang memeranjatkan saya ialah kegiatan plagiat terhadap harta intelek saya sendiri dilakukan tanpa segan silu. Tidak nafikan Gambar ini boleh didapatkan secara online disini, tetapi tidak bermakna anda diberikan kebenaran untuk salin dan tampal serta membuang “Watermark” pada gambar gambar yang telah saya hasilkan. Pada dasarnya, beberapa blog yang saya nyatakan sebelum ini mengambil beberapa langkah segera (Setelah diemail berkali kali) ada juga yang tidak langsung membalas email tersebut atau meminta maaf secara terbuka, Khasnya Mytalento.com (Update: Open Apology posted) , yang mana saya dengan sendiri tahu secara details siapakah pemilik blog tersebut.
Mungkin ada diantara anda di luar sana merasa ini merupakan perkara kecil yang tidak perlu dikecohkan, Suka saya nyatakan disini, adalah mudah untuk memberikan komen yang tidak masuk akal fikiran atau memandai seakan kamu adalah lebih arif berkenaan dengan masalah ini, tetapi semua itu bukan hasil kerja KAMU, jadi adalah lebih baik, sebelum memberi ulasan atau cuba menegakkan benang yang basah kamu gunakan dulu otak pada sereblum dan serebrum kamu itu untuk menjana pemikiran yang logik juga diterima pada akal fikiran manusia.
Kejadian plagiat ini semakin berleluasa dan agak sukar ditangani apa lagi diarena siber yang begitu luas atau tidak keterlaluan saya katakan tersangat luas dan sukar diterokai untuk masa yang singkat. Namun setiap kegiatan tidak berpendidikan ini sebenarnya mudah dikesan dengan kehadiran aplikasi ataupun skrip yang boleh dimuat turun kedalam komputer dan juga aplikasi blog anda.
Sebagai RUJUKAN, Rata rata blog gosip artis malaysia mengamalkan dasar privasi pada nama blog mereka atau lebih tepat, nama pemilik blog tersebut dirahsiakan. Tetapi, untuk pengetahuan anda, Semua maklumat anda boleh diperolehi dengan menghubungi “hosting server” anda kerana mereka dan juga semua pemilik website atau blog atau domain adalah tertakluk pada RIM, DMCA, phising Dll maka mereka tidak akan bersekongkol dengan kegiatan hilang upaya berfikiran logik.
Dalam kata lain selain gambar digital, kandungan seperti tulisan blog, hasil kerja kerja lain juga boleh diadukan terus kepada “hosting server” jika ianya merupakan hak milik anda. Kebiasaannya, “Hosting server provider” akan memberikan amaran, dan jika tidak di endahkan tindakan untuk memberhentikan operasi web tersebut akan dilakukan serta merta.
Jadi sebagai kesimpulan, janganlah berfikiran atau menyangka, kegiatan berselindung disebalik nama blog itu selamat atau merupakan satu lesen untuk bercakap atau membuat sebarang kelakuan yang tidak setanding akal manusia.
Kesalahan telah dilakukan Kemaafan telah dipohon, namun post blog yang telah saya utarakan sebelum ini akan kekal pada halaman tersebut dan tidak akan dipadam. Bukan apa, tetapi sekadar untuk dijadikan rujukan, pengajaran, renungan dan mewaraskan akal fikiran.
Kepada mereka mereka yang merasakan menampal watermark website sendiri bukan bermakna gambar tu kepunyaan mereka, sila baca artikel kenyataan definisi bagi watermark, Maklumlah di malaysia di mana mana universiti tidak ada pengkhususan “Digital Watermarking” Jadi mungkin AWAK tidak faham apa itu digital watermarking. dan kenapa ianya digunakan.
Definition: Watermarks were originally faint imprints on paper that could only be seen at a specific angle. This process was designed to prevent counterfeiting and is still used today.
Today, digital watermarks are also added to photos, films and audio files to show a copyright by the owner of the object.
A watermark, in presentation software, is frequently used in a slightly different manner. A watermark is often a faded image or text used as a background of a slide. It is meant to enhance, but not be the focal point of the slide. Watermarks are sometimes used in the form of a logo, discreetly placed on a slide to brand the presentation.
atau yang ini Wikipedia Digital Watermarking
P/s Rata rata pemilik blog adalah orang yang berpendidikan, Sekurang-kurangya arif soal harta intelek dan juga apa itu “SALAH” apa itu “BETUL”. Tetapi Kerakusan, Keuntungan, Populariti telah mengakibatkan Otak menjadi buta,mata menjadi gila, telinga menjadi bisu, hati menjadi mati.
Kepada rakan-rakan juga pembaca setia bennyliew.com yang telah memberikan sokongan dalam bentuk komen dan juga peringatan, ingin saya dengan besar hati mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan anda.
Thanks To Jairo and Alictine for helping out 